kerat jari karang..x caye korang ade sikap malas?try bace owkeyy..
capricorn
walaupun capricon malas tetapi tidak ada orang yang akan sedar.mereka terlalu pandai untuk mengatur masa sibuk dan masa untuk mcuri tulang (pssss..thats me hehe)mereka memahami apa akibat jika malas dan juga apa tanggungjawab yang bakal dipikul jika terlalu rajin.jadi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang tidak diketahui oleh orang...*korang ke nieee*(-_-*)ummm...
aquarius
malas adalah sifat semulajadi aquarius.mereka mempunyai sikap hangat-hangat tahi ayam yang sama dengan aries.namun aquarius lebih serius dari aries.sikap ini akan terjadi terutama ketika mereka sedang sibuk atau selepas sibuk.maka setiap kerja yang mereka lakukan selalunya tiada penamat.
pisces
pisces boleh dianggap sebagai golongan yang sangat pandai untuk bersenang lenang.walaupun mereka segan apabila mencuri tulang namun mereka akan tetap melakukannya lagi.sebenarnya sikap malas mereka ialah suka mengambil kesempatan keatas orang lain dan langsung tidak mempengaruhi kehidupan seharian mereka.tapi ingat jangan sampai org lain hilang keyakinan pada kita..
aries
aries adalah diantara golongan zodiak yang suka btindak melulu bila melakukan sesuatu.jd apabila ada perkara yg memerlukan 3 hari untuk diselesaikan,maka mereka akan berubah menjadi malas.disebabkan tiada kesabaran maka mereka menganggap masa itu tidak berbaloi dengan kerajinan mereka.jadi alasan mereka untuk malas adalah kekurangan kesabaran untuk rajin
taurus
taurus antara jenis zodiak yang hanya rajin bekerja untuk apa yang mereka minat sahaja.mereka akan mengutamakan hal sendiri terlebih dahulu berbanding perkara lain.walaupun mereka tidak serajin yang disangka mereka tetap dianggap antara golongan terajin dalam zodiak.
gemini
gemini tidak akan menggunakan 100% kehebatan tetapi 100% usahanya untuk melakukan apa jua perkara.ini kerana mereka amat malas untuk menggunakan kebolehan mereka.walaupun orang lain suka mengkritik mereka dengan mengatakan mereka malas namun mereka tetap disukai.oleh itu sikap malas mereka menjadikan mereka istimewa.
cancer
cancer adalah sangat pemalas.walaupun mereka adalah orang yang slalu menjaga keluarga namun mereka hanya rajin pada perkara tertentu sahaja.mereka juga malas dalam soal perhubungan contohye menyapa orang yang tidak dikenali terlebih dahulu.
leo
leo adalah golongan yang amat menyukai diri sendiri.walaupun mereka malas mereka dengan bangga mengatakan mereka adalah golongan yang paling tahu menikmati kesenangan.walaupun mereka adalah golongan yang boleh dianggap menyusahkan mereka tetap pemenang ini keranan orang di sekeliling mudah diperintah oleh mereka.
virgo
virgo amat terkenal dengan sikap rajin dan pembersih.walaupun mereka sangat cerewet tapi masih tetap dikatakan bagus.mereka sering mencari masaalah dan membuat perkara yang ringkas menjadi rumit.sebenarnya mereka hanya mensia-siakan usaha mereka .rajin memanglah perkara yang baik namun tidak perlulah membazir masa untuk bekerja kuat.
libra
libra suka akan kebersihan.namun mereka suka menonjolkan sikap malas mereka pada orang.hidup mereka umpama bidadari iaitu senang dan relex.perkara yang mereka minat hanyalah makan dan hobi sendiri sahaja.mereka bukan sahaja malas buat kerja,malah mereka juga malas mengambil tahu perkara yang berlaku di sekeliling
scorpio
scorpio tidak malas..ini adalah kenyataan yang benar.pemikiran mereka sangat rumit jadi mereka tiada masa untuk mencuri tulang.mereka juga sukam endorong orang lain untuk menjadi rajin seperti mereka.mereka umpama guru muzik yang suka bergerak bersama-sama dengan pelajar dan juga membebel.apabila dia mendapati orang lain malas maka mulutnya akan bertambah rajin membebel.
sagitarius
sagitarius suka akan 'malas'.walaupun bilik atau rumahnya kelihatan sangat bersih dan kemas namun masih ada suasana malas.terutama baju kotor yang dilonggok.sebenarnya mereka juga tidak inginkan semua ini.mereka tetap dikira rajin namun mereka telah menukar aspek rajin mereka kepada relaks.
No comments:
Post a Comment